Dec 28, 2008

Bolehkah Solat Jamak Di Rumah

salam...

ana mempunyai kemusykilan tentang solat jamak....
bolehkan solat jamak dilakukan dirumah sama ada sebelum memulakan perjalanan atau selepas pulang dari perjalanan...

jika boleh dilakukan...bolehkah disertakan dengan dalil yg sahih..
perkara ini sgt penting terutama bagi ana yg tempat belajar yg sgt jauh dari rumah.... sbb kdg2 bas tak berhenti utk solat..

-------
Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Persoalan ini telah banyak diperbincangkan didalam soal-jawab yang lepas, ‘alakulli hal, kami akan cuba menjawabnya lagi.

Solat Jama’ (tanpa Qasar / tanda memendikkan) di perbolehkan apabila wujudnya kesukaran; contohnya seperti sukar mencari tempat solat semasa didalam perjalanan. Dalilnya sebagaimana yang umum ketahui, Sabda Nabi saw diriwayatkan dari Ibn 'Abbas ra : berkata :

صلَّى رسول الله صلى الله عليه وسلم الظهر والعصر جميعا بالمدينة في غير خوف ولا سفر ، قال أبو الزبير : فسألت سعيداً – أي : ابن جبير - لم فعل ذلك ؟ فقال : سألت ابن عباس كما سألتني فقال : أراد أن لا يحرج أحداً من أمَّته

"Rasulullah saw menjama'kan solat Zohor dan Asar di Madinah, pada masa itu tiada ketakutan dan tidak pula musafir, Abu al-Zubair berkata : Aku bertanya kepada Sa'ed (iaitu Ibn Jubair), Kenapa baginda melakukan begitu? Dia berkata, Aku telah bertanya Ibn 'Abbas soalan yang sama, dan dia berkata : Dia tidak mahu sesiapa dikalangan umatnya menghadapi kesukaran" [Hadith Riwayat Muslim #705].

Firman Allah swt :

يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ

"(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran"[al-Baqarah : 185]

وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ

"dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama" [al-Haj : 78]

Didalam kes saudara diatas, kesukaran untuk bersolat didalam perjalanan juga boleh menyebabkan solat dijama'kan. Syeikh Mohammad Salih al-Munajjid juga pernah menyatakan hal ini :-

يجوز للمقيم أن يجمع بين الصلاتين إن كان هناك حرج من أداء الصلاة الثانية في وقتها ، والجمع أوسع من القصر ، فلا قصر إلا لمسافر ، والجمع يجوز للمسافر والمقيم حيث يوجد الحرج من أداء الصلاة الثانية سواء في وقتها أو في جماعة .

"Dibenarkan bagi seseorang yang bermukim (tidak musafir) menjama'kan dua solat jika ia menjadi terlalu sukar untuk melakukan solat yang kedua pada waktunya. Kebenaran menjama'kan solat adalah LUAS berbanding dengan memendikkan solat, kerana memendik (qasar)kan solat hanya dibenarkan kepada musafir sahaja. Akan tetapi jama' dibenarkan kepada musafir dan bukan musafir untuk menjama' solat apabila menghadapi kesukaran menunaikan solat yang kedua samaada pada waktunya atau didalam jemaah" [Islam-QA : Soalan no: 20017]

Menurut Syiekh Ibn Utsaimin rh :-

ولا يحل لكم أن تجمعوا بين الصلاتين حتى تغادروا البلد إلا أن تخافوا أن لا يتيسر لكم صلاة الثانية أثناء سفركم

"Tidak dibenarkan kepada kamu menjama'kan 2 solat sehingga keluar dari pekannya, melainkan khuatir (takut) akan berlaku keadaan yang sukar untuk melakukan solat kedua semasa permusfiran kamu" [Majmu' fataawa Ibn Utsaimin 15/346].

Solat Jama’ sebelum perjalanan diperbolehkan jika terdapat kesukaran untuk bersolat semasa didalam perjalanan. Solat Jama’ ini dilakukan tanpa menqasarkan (memendikkan) solat tersebut, kerana permusafiran belum dimulakan lagi. Begitulah juga keadaan seseorang yang pulang dari permusafiran yang tidak dapat menunaikan solat, maka diperbolehkan menjama’kan solat tanpa mengqasarkannya. WA.

Sekian, wassalam

127 comments:

Anonymous said...

saya ade persoalan lagi, contoh kalo saya pi kl dari ipoh , tidur kat sane dalam 2, 3 mlam, boleh tak kalo sepanjang kite duk kt sane, kite jamak dan qasarkan solat kita ? mintak kwn2x bantu ye

Admin said...

boleh qasar atau jamak di KL selama 3 hari 3 malam (tidak termasuk perjalanan) jarak perjalanan melebih dua marhalah (92km).

Anonymous said...

saya nak ke johor. sebelum bertolak azan zohor berkumandang....adakah saya boleh menjamak dan qasarkankan solat saya dengan asar? atau saya perlu menjamakkan sahaja tanpa qasar.

Admin said...

Salam,

destinasi Johor dari mana? dalam mazhab Syafie layak jamak/qasar kalau perjalanan melebihi 92km.
Sebelum bertolak belum boleh jamak atau qasar kerana belum keluar dari mukim, kenalah solat penuh kecuali kesukaran untuk melakukan zohor boleh jamak ta'khir dgn asar masa dalam perjalanan setelah masuk waktu asar.

Atau solat zuhur dulu dirumah dalam perjalanan boleh qasar solat asar apabila telah masuk waktu.

Isaifuddin said...

ok seandainya kita sudah niat utk bermusafir (dari sarawak ke KL) kita blh jamak di airport.

ok bila kita sudah sampai di rumah (di kl) adakah msh dlm keadaan musafir? dan esoknya pegi jln2, blh lg ke solat jamak?

walhal kita balik utk cuti seminggu sahaja. msh bolehkah kita jamak solat tersebut?

minta pendpt dr ustaz..tq ya..(",)

Admin said...

Admin

Jika balik kerumah sendiri di KL, tak boleh qasar lagi kerana taraf musafir telah gugur bila sampai dirumah sendiri. Begitu juga bila sampai ditempat kita mastatutin, taraf musafir telah lupus.

Cuma layak dalam perjalalan pergi dan perjalanan balik sahaja.

pyqa said...

saya seorang pelajar di perak.apabila balik ke johor hujung minggu,layakkah saya melakukan jamak di rumah?

Unknown said...

saya ada persoalan.. saya kerap tinggal solat subuh. bolehkah saya jamak solat subuh kepada solat zohor? minta bantuan

Ibnu Samaon Al-Kuala Lumpury said...

aufa:hanya solat subuh tak boleh dijamakkan. cuba usaha bgn awl. minta kwn2 gerakkn ke.

Anonymous said...

Salam,

persoalan sy ialah bolehkah jamak sebelum keluar daripada rumah. contohnya bas 8.30 mlm dan hanya tiba waktu subuh.untuk mengelakkan daripada tertinggal solat isyak..bolehkah jamak dilalkukan sebelum keluar rumah..ade pendapat mengatakan boleh.

Admin said...

W'salam

maaf ada kesilapan dalam jawapan di atas, sebenarnya boleh solat jamak di rumah sebelum berangkat jika kesukaran mendirikan solat ditengah perjalanan. WA

roy said...

salam

saya bekerja sebagai askar(belum berkahwin) dikuantan yang mana tempat saya tinggal tu adalah asrama askar(bukan rumah sendiri).dihujung bulan saya pulang ke kampung di johor.bolehkan saya melakukan jamak qasar di kampung?

Admin said...

di Kuantan tempat bekerja dikira tempat mastautin sementara di kampung adalah tempat asal adalah watan asli. Dalam mazhab Syafie kedua-dua tempat tak layak untuk solat qasar. Cuma layak semasa dalam perjalanan dari kuantan ke johor atau sebaliknya.

tinta said...

bolehkah saya melakukan satu solat jamak,satu solat qosar(zohor dan asar)?

Admin said...

kalau dah solat jamak (gabungkan zuhur dan 'asar) tak perlulah solat qasar (pendekkan solat 4 rakaat jadi 2 rakaat tapi setelah masuk waktu solat).

boleh pilih antar jamak atau qasar.

Anonymous said...

sy dlm musafir dan singgah ke masjid untuk solat zuhur. solat zuhur mengikut imam..solat penuh 4 rakaat (tamam)..sy berniat jamak tanpa qasar untuk solat zuhur..setelah salam, sy bangun untuk jamak asar..soalannya, bolehkah sy solat asar dengan JAMAK DAN QASAR?.. sebab ada kawan sy bgtahu, kalau 4rakaat zuhur, maka asar pun kena 4rakaat tanpa qasar.. betulkah pandangan ini?..

Admin said...

harap tidak keliru

solat jamak takdim atau jamak takhir bermaksud kita gabungkan solat zuhur dan solat asar (8 rakaat) menjadi 4 rakaat sahaja.

solat qasar adalah kebenaran memendekkan solat 4 rakaat menjadi 2 rakaat sahaja (zuhur, asar dan isyak sahaja). WA

Anonymous said...

saya nak tanye.
mcm saya ni, student kolej, so, bile cuti 2@ 3 ari, saye akn pulang ke umah . jdi, adkh saye dibenar kn utk jamak ?

Admin said...

jawapan untuk "aufa":

yang boleh jamak adalah solat zuhur dengan a'sar, solat maghrib dengan solat isyak sahaja. Solat subuh dengan zuhur TIDAK BOLEH jamak.

Solat Qasar adalah bagi solat yang empat rakaat sahaja (zuhur, a'sar dan isyak) dipendekkan jadi 2 rakaat. WA

Admin said...

untuk student tidak dinyatakan kolej di mana, rumah di mana? kalau jarak lebih dari 92km anda layak melakukan solat qasar.

solat QASAR atau 'JAMAK dan QASAR' khas untuk musafir (dalam perjalanan sahaja).

solat JAMAK adalah kelonggaran bagi yang tidak dapat melakukan solat dalam waktu kerana darurat (doktor yg melakukan pembedahan), kerja menjaga kepenting negara yang tidak boleh ditinggalkan misalnya.

adalah kesilapan dalam jawapan saya di atas mengenai solat JAMAK, sila lihat ada banyak penerangan dan jawapan Dr. Asri dalam Youtube mengenai solat Jamak dan Qasar. WA
harap tidak keliru.

ingin tahu said...

Saya telah menunaikan solat maghrib dan isyak (jamak taqdim) semasa dalam perjalanan (lebih 2 marhalah). Dan saya apabila saya sampai ke rumah, saya dapati belum masuk waktu isyak (masih maghrib). Soalan saya adakah solat isyak yang saya tunaikan secara jamak taqdim sah atau saya perlu tunaikan semula solat isyak apabila telah masuk waktunya. terima kasih.

Raudhah said...

menjawab pertanyaan 'ingin tahu'

Sah solat Isyak anda. Tidak perlu ditunaikan semula solat isyak itu. Inilah yang dinamakan rukhsah solat ketika musafir. WA

The Happy Prince said...

Salams ya Ustaz,

Saya bekerja di Kerteh, Terengganu dan pulang ke KL setiap hari minggu, di mana tinggalnya isteri dan anak2 saya. Tempoh masa saya luangkan di KL selalunya untuk 2 mlm (tiba malam Khamis, dan akan memandu semula ke Kerteh pada malam Sabtu).

Soalan saya:

1. Setiap kali saya pulang ke KL pada hari Khamis, saya akan berniat musafir apabila saya meninggalkan rumah di waktu pagi untuk ke pejabat, dan saya akan terus melanjutkan perjalanan saya ke KL selepas waktu pejabat. Pejabat saya terletak di Paka, dan bila memandu balik ke KL saya akan melalui kawasan perumahan saya di Kerteh dalam perjalanan saya. Dalam kes begini, bolehkah saya solat jamak dan qasar zuhur dan asar di pejabat?

2. Adakah saya berstatus musafir setibanya saya di KL, dan bolehkah saya mendirikan solat jamak dan qasar semasa di KL?

Harap dapat penerangan ustaz. Terima kasih.

Salams

Admin said...

Dr Jekyll,

di Kerteh tempat kerja tuan adalah dianggap sebagai tempat mastautin. Di KL tempat tinggal isteri dan anak2 tuan adalah dikira watan asli.

Jadi apabila tuan sampai samada di Kerteh atau sampai di KL, status tuan sebagai musafir adalah gugur, tuan hanya layak sebagai musafir ketika dalam perjalanan sahaja di kedua-dua arah.

Anonymous said...

Sy dr Alor Setar ke KL, sy bertolak sblum zohor, sampai slepas asar, bolehke sy solat jamak di rumah sewa (KL)? Alor setar kg sy. Dan saya menaiki bas.

Asda said...

Yg saya faham dr artikel di atas, ialah di bolehkan menjamak (tanpa qosar) WALAUPUN berada di watan asli atau tpt Mastautin sementara dgn syarat:
a) ada kesukaran solat dlm perjalanan
b) dilakukan sebelum atau setelah tiba dr perjalanan
c) tidak diulag jamak tersebut (kerana kesukanran kerana perjalanan telah tiada).

Mohon pencerahan.
Jzkk.

Asda said...

Salam,
Pada kefahaman saya, beliau boleh jamak (tanpa qosar) sebelum bertolak atau apabila tiba jika ada kesukaran solat dlm perjalanan. Tapi Tak boleh diulang jamak kerana asbab kpd jamak tersebut iaitu kesukaran dlm perjalanan sudah tiada. Wa.

azie said...

salam ustaz, bagaimana saya ingin menunaikan solat subuh skiranya bas yang dinaiki tidak berhenti ?

Hijab Square Collection said...

Assalamualaikum .
boleh ke kalau saya menunaikan solat jamak taqdim dan qasar (maghrib isyak)di rumah(gombak,selangor) sebelum saya bertolak ke kelantan pada pukul 9 mlm ?
Terima kasih sbb sudi menjawab soalan sy :)

Anonymous said...

Assalammualaikum...
Esok saya akan berangkat umrah.
Flight jam 1pm.bagaimana saya nak solat zuhur?

Anonymous said...

salam ustaz,
Saya tgl di KL dan akan memulakan perjalanan menaiki bas balik ke kg di Kdh pada pukul 3.30 petang. Bolehkah saya melakukan jamak takdim asar di luar kawasan rumah saya (di stesyen bas) sebelum memulakan perjalanan kerana kuatir tidak dapat melakukan solat asar semasa perjalanan kerana dijangka sampai ke Kdh pada waktu magrib.

Anonymous said...

Salam ustaz,

Saya memulakan perjalanan dari kg di Kdh untuk balik ke KL (tempat tinggal) dengan menaiki bas pada pukul 10.30 pagi dan dijangka sampai di KL sebelum habis waktu zohor. Semasa perjalanan, bas tidak berhenti ketika waktu zohor atau takut tak sempat solat sebab bas berhenti sekejap sangat. Oleh sebab kesesakan lalulintas saya sampai di KL setelah masuk waktu asar. Bolehkah saya melakukan solat zohor jamak takhir di stesyen bas sebelum balik ke rumah (tempat tinggal)? manakala saya lakukan solat asar seperti biasa di stesyen bas tersebut atau di rumah?

Admin said...

Dalam tulisan di atas telah dikemukakan dalil-dalil dengan jelas bahawa BOLEH melakukan solat jamak dirumah sebelum memulakan perjalanan sekiranya TERDAPAT KESUKARAN UNTUK MELAKUKAN SOLAT PADA WAKTUNYA SEMASA DALAM PERJALANAN... harap maklum. WA

Anonymous said...

salam,ustaz...saye ad kmusykilan tntg solat jam' dan Qasar kluar dr mukim.
bolehkah sye solat jama'qasar mgrib dan isya' di msjid 5km keluar dr rumah sye sblom sye bermusafir ke nilai..?terima kseh.

Anonymous said...

SALAM

Anonymous said...

Salam ustaz dan para sahabat...soalan saya-"SAYA MENETAP DI RAWANG SELANGOR.ISTERI MENETAP DI SG SIPUT PERAK.HUJUNG BULAN SAYA AKAN BALIK KE SG SIPUT DAN MENYEWA HOTEL YG BERDEKATAN RUMAH IBU MERTUA SAYA.SOLANNYA...SAH ATAU TIDAK JIKA SAYA MELAKUKAN SOLAT JAMAQ DAN QASAR SELAMA 3 HARI TINGGAL DI HOTEL TERSEBUT?"..T.KASIH..-batezmufc-

Anonymous said...

assalamualaikum .
adakah saya masih boleh melakukan solat jamak untuk maghrib dan isyak di rumah sedangkan saya sudah pun tiba di rumah sebelum waktu maghrib lagi dari kampung di perak . rumah tersebut di shah alam. dan pada keesokannya pula saya perlu pulang ke kolej di bangi. adakah saya masih boleh melakukan jamak tersebut ?

Anonymous said...

Salam,
Saya di mekah, Kalau saya sudah menunaikan solat zuhur, tetapi saya hendak pergi balik ke malaysia selepas itu. Bolehkah saya buat solat jamak dan qasar.

Anonymous said...

assalamualaikum...saya nak tanya, boleh ke saya jamak & qasar dekat pejabat saya... ketika masuk waktu zohor? sbb jrk rumah & pjabat adalah 94km.

Anonymous said...

Assalamualaikum ..sy nak tanya, sekiranya sy yg nak jamak n qasar solat dan diketika itu ada solat jemaah sdang berlangsung..boleh kah sy jd berimamkan imam yg pimpim solat jemaah tsebut

ismail mahmod said...

Assalamualaikum... Bolehkah orang yang solat jamak menjadi imam kepada orang yang solat tamam

Unknown said...

Assalamualaikum. Saya menetap di semporna dan berkerja di lahad datu. Jarak jauh dari rumah ke tempat kerja dlm 120km. Lepas solat subuh saya dah ber tolak ke tempat kerja lebih kurang 2 jam perjalanan. Masuk waktu johor saya solat di tempat kerja . Soalan saya boleh kah saya jamak solat johor dan asar sedang waktu johor dan asar saya masih di tempat kerja? Harap sahabat sekalian dapat bantu beri penjelasan. Tq.

Anonymous said...

Assalamualaikum, bolehkah menunaikan solat jamak dan qasar zohor dan asar sekiranya waktu saya keluar dari rumah dan memulakan perjalanan selepas azan zohor. Contohnya, saya bertolak dari rumah pada jam 1.30 ( sudah azan zohor) dan saya ingin solat jamak dan qasar dalam perjalanan. Mohon pencerahan.

pelajarUK said...

Assalamualaikum,
bolehkah jamak solat hanya kerana takut tertidur?
contohnya perbezaan waktu solat di UK.
maghrib- 8.pm
isya'-11pm
subuh-2.30am
syuruk:5.00am
untuk mengelakkan tidur lewat sehingga tertinggal solat subuh, bolehkah menunaikan solat jamak taqdim isya' dan maghrib?

Cikgu Nurul said...

As salam, saya dah baca dari atas sampai kebanyakan komen di sini, apa yang saya simpulkan tentang solat qasar adalah ia hanya boleh dilakukan semasa dalam perjalanan sahaja, tidak boleh dilakukan sama ada di rumah sendiri (tempat tinggal tetap ketika itu) mahupun di destinasi yang kita ingin tuju. Benarkah pemahaman saya ini?

Sebagai contoh, saya bertolak dari kl ke johor. Niat saya adalah untuk pergi ke rumah adik selama 3 hari. Semasa di perjalanan saya boleh jama' dan qasar. Namun, apabila saya sampai sahaja di rumah adik di Johor, saya tidak lagi layak melakukan solat qasar.

Pada hari ke-3, saya memulakan semula perjalanan pulang ke KL. Dalam perjalanan itu, saya dibolehkan semula melakukan solat qasar, asal sahaja saya belum sampai ke rumah.

Mohon penjelasan, terima kasih.

Anonymous said...

konsep jamak qasar ni adalah utk memberi keringanan dlm melaksanakan solat.. jadi, seandainya smua syarat dipenuhi(jarak, waktusolat) kita dh bleh tunaikan jamaq qasar.. seandainya tuan2 rasa masih blum penuhi syarat, wajarlah solat seperti biasa dahulu.. lebih baik.. biasakan jamaq qasar ni ketika dlm perjalanan sahaja.. sekiranya dh tiba atau tidak melibatkan waktu solat dlm perjalanan, elokla solat biasa..

pandangan hamba Allah yg kerdil..

Anonymous said...

Ws,
Setahu sy tidak dibolehkn jika sbb adalah krn tkt tertidur.sekiranya anda tertidur ketika subuh.wajiblah mengQada solat tersebut.

Anonymous said...

assalamualaikum..

saya ada satu soalan.. dah puas saya cari jawapan tapi belum jumpa lagi..

sebagai musafir kita diberi kelebihan solat jamak & qasar sewaktu bermusafir.. tapi tempoh solat qasar boleh luput setelah 3 hari (bermukim).. bagaimana pulak dengan solat jamak? boleh kah di teruskan solat jamak tanpa qasar jika negeri itu susah nak cari tempat solat dan waktu solatnya sangat hampir antara satu dengan yang lain.. seperti di paris pada bulan 12 (zohor pukul 1 tghri, asar 245ptg, maghrib 5ptg, isya 7mlm)

terima kasih

Unknown said...

Assalamualaikum.saya nak tanya, mula2 saya niat jamak takhir tapi saya solat jamak taqdim Kerana jumpa surau. Sah tak solat saya?

Unknown said...

Tidak boleh jamak subuh dengan zuhur...tiada alasan utk meninggalkan subuh....usaha kan utk bangun subuh

Anonymous said...

salam, saya ada pertanyaan.. jika saya berniat musafir untuk pulang ke kampung di Selangor dan dah bawa barang2 untuk pulang pada hari jumaat selepas zohor.. boleh kah saya jamak kan solat zohor dan asar saya semasa solat zohor di tempat kerja? tempat kerja saya berda di Penang

Hairi said...

Assalamualaikum,saya ingin bertanya,jika sy pulang ke rumah tempat sy lahir,tetapi tidak bermalam melebihi 4 hari,bolehkah sy jamak atau qasarkn solat sy sepanjang sy di rumah?

Anonymous said...

Salam, bolehkah sy solat jamak maghrib dan isyak di rumah sebelum bermusafir pulang ke kampung yang mengambil masa hanya 2 jam setengah? ini adalah kerana saya menghadapi kesukaran untuk berhenti di RnR untuk solat Isyak kerana kerisauan terhadap barang yang banyak di dalam kereta dan kadang2 terdapat kesesakan.
atau adakah patut saya solat maghrib shj dan solat isyak di kampung?

Unknown said...

assalamualaikum ,, saya tinggal di kajang, dan belajar di politeknik sultan idris shah . boleh kah saya buat jamak himpunkan dua waktu dlm satu waktu sahaja, saya tinggl di rumah sewa di sabak bernam, adakah bole buat jamak selama 3 hari? ataupun saya telah menetap di sabak bernam? mohon pencerahan.

Unknown said...

assalamualaikum ,, saya tinggal di kajang, dan belajar di politeknik sultan idris shah . boleh kah saya buat jamak himpunkan dua waktu dlm satu waktu sahaja, saya tinggl di rumah sewa di sabak bernam, adakah bole buat jamak selama 3 hari? ataupun saya telah menetap di sabak bernam? mohon pencerahan.

Unknown said...

Sy tinggal kt ampang... Sy nk Balik kg di penang menaiki keretapi ETS di klsentral... Sy keluar rumah kol 5.30 sampai kl sentral kol 6.00..kol 8.30 sy punya ticket. soalan sy boleh ke sy solat jamak takhir setelah tiba di Penang ?

Anonymous said...

assalamualaikum. jika sekiranya saya bermusafir dari perak (rumah sendiri) ke kuala lumpur, namun tinggal di rumah sendiri yang terletak di kuala lumpur dan bermalam di sana 2@3 malam, adakah boleh untuk jamak dan qasar??

Hafiz said...
This comment has been removed by the author.
Hafiz said...

Assalamualaikum, saya bekerja di dalam pesawat. Tempat kerja saya diKLIA.
bolehkah saya jamak dan qasar solat diKLIA sebelum memulakan tugas di udara?
Terimakasih

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz...
Saya tinggal di Ampang , Selangor. Saya berulang dari KL- Kedah setiap minggu pada hari Jumaat mlm. Ingin bertanya mengenai Status musafir saya bermula dari keluar rumah pada pagi Jumaat ketika ke pejabatkah? Atau selepas waktu kerja? Dari pejabat saya di KL saya terus ke terminal bas untuk balik ke Kedah selepas waktu pejabat. Tujuan bertanya, jika status musafir saya bermula bila saya keluar rumah pada waktu pagi, bolehkah saya menjamak/qasar kan waktu Asar selepas solat Jumaat di masjid berhampiran pejabat saya.

Anonymous said...

contoh:sebelum perjalanan pulang ke rumah sendiri sy telah solat jamak qasar zohor dan asar..tetapi sesampainye dimukim sy(tmpat kediaman)waktu asar belum masuk(azan)..soalan sy adakah sy perlu solat asar seperti biasa dgn mengabaikan solat jamak qasar sy td ataupun tidak perlu memndangkan sy telah solat jamak qasar sebelum perjalanan pulang td?

qanitah luv me said...

Salam..nk tnya..bas sy brtolak sblum zuhur n xbrhnti di mna2..lpas smpai dh azan asar..blh jamak ke zohor dlm wktu asar sbb sy dh smpai k destinasi smasa asar.slama ni sy qada je zohor sbb keliru

Anonymous said...

assalamualaikum saudara/saudari ..sy ingin brtnya , saya bertolak dr penang(rumah) sblum zohor tiba di melaka(bercuti) selepas isyak .. isyak saya jamak dn qasar mcm biasa .. zohor dgn asaq bagaimana ye ..adakah perlu jamak dn qasar brserta qada? atau jamak dn qasar shj .. mohon penjelasan yang berilmu ..

shikin said...

tak perlu lg

shikin said...

tak perlu lg

Unknown said...

Salam!adakah boleh solat jamak jika tidak melebihi 2 marhalah yg tujuan perjalanan utk ziarah/kenduri selepas keluar mukim tanpa ada kesukaran . Cth melalui lbhraya yg jaraknya 40km shj.Keliru krn ada kata blh dan x blh

Unknown said...

Salam!adakah boleh solat jamak jika tidak melebihi 2 marhalah yg tujuan perjalanan utk ziarah/kenduri selepas keluar mukim tanpa ada kesukaran . Cth melalui lbhraya yg jaraknya 40km shj.Keliru krn ada kata blh dan x blh

Unknown said...

Assalamualaikum,saya asal dari selangor dan melanjutkan pelajaran di dungun terengganu.Mengikut syarat musafir,saya boleh untuk meng'qasar'kan dan men'jama'kan solat.Tetapi ade 2 orang kawan saya,mengatakan,bahawa,"bukankah tak boleh jama dan qasar seperti dalam situasi seolah-olah saya bermusafir kerana saya menetap di dungun untuk belajar.(solat yang saya tanya ni,solat waktu saya dah sampai kolej-masih dalam tempoh 3 hari-)

Unknown said...

Saya naik kapal terbang ke kuching.bolehkah saya solat zuhur qasar setibanye di airport kuching.(belom sampai ke rumah lg)

lina said...

Asalamualaikum,
saya asal dari salak tinggi dan niat bermusafir untuk memunaikan ibadah umrah. Sebelum menaiki flight saya telah mengambil wuduk walaupun belum masuk waktu zuhor. Setelah menaiki flight dan dlm perjalanan baru masuk waktu solat zuhor. Bolehkah saya menjamak kan solat zuhor dan asar(jamak takdim)? Setelah tiba di Madinah/Mekah perlukah saya Qadakan solat saya (zuhor dan asar)?

Unknown said...

Salam....saya nak tnya...kalau bus saya dri kuala kangsar perak pukul 6.45 and sampai ke kulim isyak...boleh ke saya jamak solat di kulim...di rumah saya...

Unknown said...

Salam....saya nak tnya...kalau bus saya dri kuala kangsar perak pukul 6.45 and sampai ke kulim isyak...boleh ke saya jamak solat di kulim...di rumah saya...


Unknown said...

Salam....saya nak tnya...kalau bus saya dri kuala kangsar perak pukul 6.45 and sampai ke kulim isyak...boleh ke saya jamak solat di kulim...di rumah saya...


Unknown said...

Salam....saya nak tnya...kalau bus saya dri kuala kangsar perak pukul 6.45 and sampai ke kulim isyak...boleh ke saya jamak solat di kulim...di rumah saya...


Unknown said...

Assalamualaikum saya akan berangkat umrah dan pukul lima pesawat terbang.Bolehkah saya jamak takdim zuhur dan asar di rumah kerana di airport takut tak sempat. Terimakaseh.

Unknown said...

Assalamualaikum.Bolehkah saya jamak takdim zohor dan asar dirumah kerana saya akan berangkat umrah dan pesawat berlepas jam5.Kalau diairport mungkin tak sempat.Terimakaseh

Anonymous said...

Betul kan saya sekiranya salah...
Bermastautin di sarawak blik berniat seminngu menetap di KL
Gugur jamak dan qasar.
Berniat 3 hari menetap di KL
Jamak n qasar masih bole dilakukan

Kemmery Subairy said...
This comment has been removed by the author.
Kemmery Subairy said...

Assalamualaikum, apakah terbatal solat jamak dan qasar jika perjalanan dibatalkan atas sebab2 yg tidak dapat dielakkan atau diluar kawalan. Apakah dibolehkan solat jamak dan qasar dgn berniat dari rumah sebelum ke pejabat dan mendirikan solat jamak dan qasar di pejabat sebelum memulakan perjalanan..?

Anonymous said...

Sy belajar di University,bolehkah sy jamak qasar bila nk balik ke rumah dan jamak qasar apabila di rumah 2 hari, sbb sy tggl di University lama drp umah waktu sekarang?

Anonymous said...

assalamualaikum. saya ada kemusykilan tentang solat jamak qasar. adakah boleh sekiranya, saya solat jamak qasar di kawasan destinasi yang dituju. contoh, saya dari gerik,perak nak ke rumah saya di tanjung malim. perjalanan melebihi 2 marhalah. ketika hampir sampai di destinasi telah masuk waktu maghrib. jadi bolehkah saya berhenti di masjid atau surau dalam kawasan rumah saya dan solat jamak qasar untuk maghrib dan isyak. mohon pencerahan.

Unknown said...

Saya sedang bermusafir. Saya dah solat jamak qasar asar dalam zohor. Tetapi semasa waktu asar, saya masih lagi berada di dalam masjid. Adakah saya perlu solat asar skali lagi? Mohon penjelasan. :)

Anonymous said...

Salam. Saya belajar di nilai dan rumah saya di gombak. Saya hanya mempunyai kelas pada hari isnin sahaja setiap minggu dan saya akan pulang ke gombak seusai kelas. Disebabkan kelas dijadualkan pada pagi isnin..saya tumpang tinggal di rumah kawan di kawasan nilai setiap hari ahad bagi memudahkan saya untuk ke kelas keesokan harinya. Persoalan saya, bolehkah saya membuat jamak qasar sepanjang saya berada di nilai?

Unknown said...

Saya ad kemusykilan.. jika dia duduk di asrama di terenggnu dan menetap di kl. bolehkah dia solat jamak di kl selama 3 hari?

shirorui78 said...

Assalamualaikum, sy baru bekerja di singapura. Di sana sukar untuk saya bersolat (zohor solat tapi asar tidak) kerana tidak ade tempat solat serta kadang jam di kastam hingga saya tertinggal solat maghrib. Boleh ke saya jamak dan qasarkn bg solat zohor dan asar. Manakala maghrib dan isyak ketika sy dalam perjalankan pulang ke rumah di skudai.

Sofian said...

Assalammualaikum,
Soalan saya: Saya dalam perjalanan pulang dari luar negara dengan kapal terbang. Perjalanan saya dijangka sampai ke KLIA selepas waktu Maghrib. Bolehkah saya sembahyang Jamak Mahgrib dan Isyak dengan mengqasarkan solat isyak di KLIA sebelum saya bertolak ke tempat tinggal saya di Sungai Buloh?

Unknown said...

Assalamualaikum..sy ada kemusykilan..boleh ke kita qadhakan solat jamak..contoh,sy menetap di ipoh..job di kuala lumpur..di pertengahan kerja tersebut,pakaian sy telah kotor kerana sy melakukan kerja pembersihan sukar..selalunya akan habis pd waktu malam..jadi,tak dapt nak solat jamak zohor dan asar..adakah dibolehkan untuk qadha solat jamak tersebut..

Terima kasih

perjalananseorangpengambar. said...

assalamualaikum...boleh tak jama dan qasar dari rmh saudara ke rumah sendiri...

Nurul Nisa Mohd Nasir said...

Assalamualaikum...raya baru ni sy balik ke kampung terengganu hari ahad...dan kembali semula ke rumah tpt kerja melaka pd hari sabtu....persoalannya boleh ke saya menjamakkan solat zuhur dan asar menjd 8 rakaat dlm tempoh 3 hari pertama sy di kampung....begitu juga boleh ke sy menjamakkan solat maghrib dan isyak menjd 7 rakaat utk tempoh 3 hari pertama sy di kampung...point sy adalah masih bolehkah sy menjamakkan solat (tanpa mengqasarkan) dlm tempoh 3 ari pertama sy di tpt kampung halaman mahupun di tpt sy bermastautin (tpt bekerja)..
Ahad -perjalanan
Isnin-rabu (solat jamak tanpa qasar)
Khamis -jumaat (solat setiap waktu)
Sabtu-hari perjalanan

Unknown said...

Assalamualaikum saya ingin bertanya jika seseorang lahir di Johor bekerja di Singapura boleh kah jamak solat

Mns said...

Rumah saya di Kuala Terengganu dan pada hari kerja saya tinggal di Jeli. Pada masa saya bermusafir dari Kedah ke Terengganu, adakah saya boleh berhenti solat jamak qasar di Jeli? Terima kasih.

Nurul Hasyimah Binti Abdul Muin said...

saya sekarang belajar di penang buat masa setahun...tapi setiap minggu akan balik ke perak utk 2 hari....boleh ke saya solat jamak dirumah sendiri walaupun saya sebenarnya bermusafir? tq ustaz

Unknown said...

Betul.. stuju.. kl bniat nak pegi 3hari xtermasuk pgi n balik boleh jamak n qasar.. kl bniat pegi tu 1mgu xboleh lah melainkan waktu pjalanan pegi balik shja

Anonymous said...

Saya melakukan jamak takdim...sesudah saya sembhyang zuhur dan setelah memberi salam...saya terlupa matikan hphone...kemudian saya lakukan utk silent hphone...dan smbung smbhyang jamak asar...blhkah saya lakukan perbuatan tersebut.

Unknown said...

Salam.. perjalanan saya dari kl ke johor dan dalam perjalanan masuk solat maghrib.. tapi perjalanan begitu sesak.. bolehkan saya jamak kan maghrib dgn isya apabila saya sampai rumah

Unknown said...

Betul ke Nie..?

Unknown said...

Hadith tu..

Unknown said...

Assalamualaikum..
Saya bekerja di Kemaman dan menetap disini. Rumah family saya di Besut. Bolehkah saya jamakkan zohor dengan asar di pejabat sebelum bertolak balik ke besut? Rumah saya dengan pejabat hanya 5minit perjalanan.

Hamba said...

salam..

saya nak ke Melaka dari batu kikir, dan perjalannya 79 km, tetapi saya ke tampin, lepas tu ke seremban dan dari seremban baru ke melaka, masjid tanah..

kalau ikutkan ikut perjalanan dari batu kikir-tampin-seremban-melaka jaraknya 179km.. boleh jamak ke? terima kasih

Hafis Rahim said...

Assalamualaikum,

Bolehkah saya jamak dan qasar solat zuhur dan asar, tetapi solat maghrib dan isyak didirikan dengan sempurna bersama imam di masjid? Maksudnya berselang seli jamak zuhur dan asar di rumah dan waktu maghrib dan isyak tidak dijamak kerana solat berjamaah di masjid di kampung.

Terima kasih.

Unknown said...

Assalamualaikum
Saya tinggal di klang. Saya pulang ke kampung yang jaraknya lebih dari 2 marhalah. Jika saya pergi ke rumah yang saya beli berdekatan dengan rumah ibu saya, bolehkah saya solat hamak qasar di rumah saya itu?. Saya belum pernah bermalam di rumah itu. Terima kasih

Perantau said...

Assalamualaikum..sedara saya duduk di johor datang rumah saya di melaka dalam jam 12 tgh hari...sedara saya dia akan bergerak balik ke johor pukul 6 petang hari yang sama...tetapi jadi persoalan disini,bila masuk waktu zohor, bolehkah dia jamak asar sekali..

Unknown said...

saya dari poli sabak bernam nak pulang ke kl sentral .saya jamakkan solat zohor dan asar pada wktu zohor adakan ianya sah ? dan keesokkannya saya bertolak pulang dari tbs ke kuala terengganu ..mohon penjelasan

eda segamat said...

assalammualaikum ...saya nk tanya boleh kesa saya jamak solat zohor bila tiba dirumah..padahah tempat saya bekerja tidak jauh 20 minit jer dari tempat kerja di rumah ..masa waktu saya bekerja agak masa tiada dan tempat sembayang tidak disediakan.

Unknown said...

Assalamu,alaikum,saya dari perak ke KL untuk menetap di rumah sewa baru selama 4 bulan disana kerana soal pekerjaan,semasa baru masuk rumah sewa bolehkah solat saya solat fardhu jamak,dan kalau boleh berapa hari diperbolehkan untuk solat fardhu jamak tersebut

Unknown said...

ASSALAMUALAIKUM... mohon pencerahan, sya brmusafir dr alor setar ke bukit mertajam, slma 5hri kmudian akan pulang pd hri jumaat hgga sabtu, blhkah sy jamak ketika brada dirmh slma 2hr trsebut...

Unknown said...

Suruh bas berhenti

Unknown said...

tak boleh jamak subuh...

Zinnirah said...

Benarkah boleh qasarkan solat asar sedangkan solat zohor secara tamam dirumah?

Sereez said...

Bolehke saya buat solat jamak di rumah (selangor) selepas pulang dari pahang?

Anonymous said...

Saya ada 2 rmh, satu di KL satu di Melaka. Saya bermastautin di KL dan balik ke rmh di Melaka sekali sekala utk shj utk kemas rmh atau jika ada urusan di Melaka. Boleh ke saya jamak solat semasa menginap di rumah di Melaka 1 atau 2 hari?

Anonymous said...

maaf ya saya nak tanya,saya balik kampung yng lebih 2 marhalah dan hanya menetap selama 2 hari.ketika saya mau pulang ke rumah saya semula saya singgah di petronas untuk solat.bolehkah saya jamakkan solat saya walapun jarak petronas dan rumah saya kurang 2 marhalah?

Anonymous said...

salam ustaz boleh ke saya jamak kan solt mgrib da isyk wlaupon tidak bermusafir, disebabkn berkjerja, cth sy sbgai pembantu doc dan dalam pembedahan dan tidak boleh meniggalkan kes sehingga siap pembedahan shingga sy terlepas waktu mgrib

Anonymous said...

Assalamualaikum..saya nak tanya, saya bekerja di kl, dan ada rumah di kl, bahkan tempat kerja saya dekat dengan rumah. Saya akan ulang alik dari kl-melaka sebab tengok anak di kampung melaka buat sementara waktu. Soalan saya, apabila saya dari melaka ke kl untuk ke tempat kerja adakah dikira musafir sebab dekat dengan rumah saya? boleh jamak dan qasar ke? terima kasih.

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz,

Saya nak bertanya , saya bekerja di Yong Peng Johor dan akan balik ke rumah orang tua saya di JB pada setiap hari Jumaat selepas waktu bekerja. Dan saya akan balik ke Yong Peng semula pada pagi isnin . Jarak perjalanan ada 92km sehala .
Adakah saya boleh buat solat jamak seusai saya sampai ke JB dan utk 3 hari selepas itu ?
Terima kasih ustaz

Anonymous said...

Saya dari Kuala Lumpur hendak ke Kuching. Boleh X sy jamak maghrib Dan isya setelah sampai di rumah sy di Kuching. Ini disebabkan sy sukar solat di surau semasa di surau KLIA

Anonymous said...

Assalamualaikum. Saya nak naik bas dr Jb ke KL pukul 3.30 ptg. Bolehkah saya jamak di rumah (sebelum keluar ke stesen bas? Mohon penjelasan

Anonymous said...

Assalamualaikum, izinkan saya bertanya, saya Dari Johor ke Penang, boleh ke saya solat jamak bila dah sampai di Penang?

Anonymous said...

Assalamualaikum bolehkah saya solat jamak asar pada waktu zohor dirumah disebabkan saya menaiki bas ketika dlm perjalanan dan tidak dapat berhenti.perjalan saya dari tapah ke kl...mohon dibalas tq

Anonymous said...

Maksudnya... Kalau dlm kenderaan sendiri dan jumpa masjid, wajib saya pergi laksanakan solat dahulu?

Anonymous said...

As salam..ust, sy dlm perjalanan balik dr musafir..sesampai di kawasan mukim tanpa pulang ke rumah, saya keluar mukim semula untuk membeli barang..adakah saya masih dibolehkan melakukan solat jamak

Anonymous said...

Boleh

Anonymous said...

Assalamualikum saya nak tanya, saya sebelum kahwin, saya tinggal di klang, n then lepas kahwin.. saya pindah tinggal di pahang, kemudian setiap kali balik raya, saya akan balik ke klang, tapi paling lama 3 Hari la, jadinya bolehkah saya jama’ semasa saya berada di klang ??? Minta pencerahan ?

Anonymous said...

Assalamualikum saya nak tanya, saya sebelum kahwin, saya tinggal di klang, n then lepas kahwin.. saya pindah tinggal di pahang, kemudian setiap kali balik raya, saya akan balik ke klang, tapi paling lama 3 Hari la, jadinya bolehkah saya jama’ semasa saya berada di klang ??? Minta pencerahan ?

Just For You said...

Assalamualaikum. Saya ada rumah di KL. Saya telah berpindah balik ke kampung yang jaraknya lebih dari dua marhalah. Kadangkala saya akan menjenguk rumah di KL. Bolehkah saya sembahyang jamak dan qasar sepanjang saya berada di rumah lama ?

Anonymous said...

Ustaz saya pernah bsgitahu.jika ssmpai dirumah tetapi masih belum masuk waktu solat kedua,perlu solat semula secara tamam bagi waktu solat kedua tersebut

Anonymous said...

Assalamualaikum. Rumah saya dibangi..tapi sy bekerja di johor. Hujung minggu shj sy di bangi.tinggal dlm 2 - 3 hari . Boleh ke sy jamak di bangi dalam tempoh itu. ?

Post a Comment