Dec 28, 2008

Bolehkah Pakai Dua Pendapat Mazhab

ustaz,

sy dah browse dlm archive, jumpa tapi x bleh masuk link dalam tu. entah kenapa:

SJ-06-0020 : Jarak dan tempoh mengikut syafie...

adakah boleh kalau saya ikut pendapat zahiri dan ibn taimiah? tapi solat, wuduk ikut syafie. zahiri dan ibn taimiah ni mazhab mana? antara pendapat 2 golongan ni, mana yg lebih kuat? adakah sy bersalah sbb mencari yg senagn ajer dalam solat?

tidak adakah minima jarak bagi zahiri dan ibn taimiah? kalau org awam lain tahu ni, mesti ramai nak ikut pendapat ni nanti. mgkin ada syarat lain yg perlu sy patuhi.

-------

Bagi muqallid (orang yg bertaqlid) dalam urusan agamanya sebenarnya tidak bermadzhab. Madzhabnya ialah orang alim yg berada disekelilingnya. Maka tidak timbul isu pindah madzhab bagi muqallid. Mana-mana Imam boleh saja diikuti asalkan mereka Imam yang muktabar dan Imam bukan terhad kepada empat madzhab sahaja.
Pindahrandah dalam mengikuti Imam-Imam yang soleh diharuskan, asalkan nawaitu anda berpindah adalah jelas kerana hujah dan sandaran para Imam itu meyakinkan anda. Nawaitunya bukan mencari yang senang-senang sahaja tapi diperbetulkan kepada mencari yang benar-benar kuat dan paling hampir kepada AQ dan asSunnah.

Jarak minima adalah dalam madzhab Zahiri, yakni satu batu. Dalilnya hadith Ibn Umar yang dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah.

Manakala Ibn Taymiyah dan muridnya Ibn Qayyim pula menolak penetapan jarak kerana penetapan ini bercanggah dengan ruh solat safar AQ 4:101 (apabila kamu berpergian di muka bumi, maka tidak salah kamu mengqasarkan solat kamu)

Maka jika dihadkan dengan jarak, maka rosaklah rukhsah yang diberikan oleh ayat ini di mana ayat ini umum dan tidak ada penetapan jarak. Hujah Ibn Taymiyah, yang menjadi syarat ialah safar itu sendiri bukan jaraknya. Maksud safar ialah kita kena tetapkan apakah perjalanan yang akan dilakukan itu musafir atau apa?

Maka langkah pertama bagi anda utk berpindah madzhab ialah mengisi ilmu2 asas, bagaimana para Imam berselisih dan bagaimana madzhab-madzhab fiqih ini tumbuh subur dalam tubuh umat Islam. Ini dinamakan Fiqh Ikhtilaf (fiqih berbeda pendapat di kalangan para Imam mujtahidin), maka utk bebas pilih madzhab ni bukanlah semudah yg anda impikan. Panjang lagi jalannya....

Cth: Bila kita tengok kelajuan pemandu F1 memandu dengan hebatnya, maka langkah pertama bagi kita ialah mendapatkan lesen memandu dulu dan belajar serba sedikit pasal teknologi permotoran...lepas tu baru boleh fikir macam mana nak try litar lumba...WA

1 comments:

Erica said...

Hi nice readding your blog

Post a Comment