Dec 28, 2008

Belajar Solat Jamak Dan Qasar

Saya tinggal di Bangi dan keluar rumah sekitar jam 8.00 pagi dan memandu kereta mengikut Lebuhraya Utara Selatan utk menuju ke Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan (melawat saudara). Perjalanan saya adalah sejauh 125KM (satu hala) dan mengambil masa 2 jam.

Oleh kerana saya tidak yakin akan kefahaman saya tentang solat Jama' dan Qasar, maka pada kebiasaannya saya akan menunaikan solat Zohor disana dengan 4 rakaat dan juga solat Asar sebanyak 4 rakaat; sebelum menaiki kereta untuk pulang kerumah sejurus kemudian.

JIKA SAYA INGIN MENGQASARKAN ZOHOR DAN ASAR
Soalah 1: Jika saya ingin menunaikan solat Zohor dan Asar secara Qasar, di manakah saya perlu melafazkan niatnya ? Maksud saya, apakah wajib bagi saya untuk berniat semasa saya sedang memandu (contoh, semasa melepasi kawasan Nilai atau Seremban) dan bagaimanakah lafaz niat tersebut? Apakah ini boleh dilakukan sebelum masuk waktu?

Soalan 2: Semasa berada di Bandar Seri Jempol, dan bersolat Zohor/Asar secara bersendirian, bagaimanakah lafaz niat solat Zohor/Asar (Qasar)?

Soalan 3: Semasa berada di Bandar Seri Jempol, dan bersolat Zohor secara berjemaah, bolehkah saya solat Zohor secara Qasar dan bagaimankah lafaz niatnya? Selepas memberi salam, apakah saya perlu niat utk mengQasarkan solat Asar? Niat nya?

JIKA SAYA INGIN MENJAMA' DAN MENGQASARKAN ZOHOR DAN ASAR
Soalah 4: Jika saya ingin menunai solat Zohor dan Asar secara Jama' dan Qasar, di manakah saya perlu melafazkan niatnya ? Maksud saya, apakah wajib bagi saya untuk berniat semasa saya sedang memandu (contoh, semasa melepasi kawasan Nilai atau Seremban) dan bagaimanakah lafaz niat tersebut?

Soalan 5: Semasa berada di Bandar Seri Jempol, dan bersolat Zohor secara bersendirian, bagaimanakah lafaz niat solat Jama' Takdim?
Selepas memberi salam pada rakaat kedua, apakah saya perlu niat sewaktu takbiratul ihram untuk solat Asar nya?

Soalan 6: Semasa berada di Bandar Seri Jempol, dan bersolat Zohor secara berjemaah, bagaimanakah lafaz niatnya? Apakah saya wajib solat Zohor seperti biasa sebagai makmum (4 rakaat) dan kemudian solat Asar secara Qasar secara bersendirian?

JIKA SAYA BERTOLAK DARIPADA BANGI SEKITAR JAM 3 PETANG UNTUK KE BANDAR SERI JEMPOLSoalan 7: Bolehkah saya solat Zohor berjemaah di Bangi (4 rakaat) dan selepas salam, solat Asar secara Qasar? Lafaz niat nya?

-----
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan bubuk dengan kadar yang termampu, Insya-Allah.

Ulama' berselisih pendapat mengenai hukum Solat Qasar (musafir) ini. Ada dikalangan mereka yang mewajibkan solat Qasar sewaktu bermusafir. Maknanya, mereka yang sedang bermusafir tetapi tidak menunaikan solat secara Qasar telah dianggap berdosa. Menurut bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syeikh Ibn Utsaimin rh berpendapat bahawa :-

والصحيح أن القصر مندوب وليس بواجب ، وإن كان من النصوص ما ظاهره الوجوب ، ولكن هناك نصوص أخرى تدل على أنه ليس بواجب
pandangan yang benar adalah Solat Qasar hukumnya sunnat, dan bukan wajib, walaupun terdapat beberapa nas yang menunjukkan seolah2 ia wajib, dan terdapat juga nas yang menunjukkan ia tidak wajib" [Sharh Mumthi' 'ala Zaaddil Mustaqni', Jld 2]

Bagi Ibn Utsaimin, pandangan yang rajih (lebih benar) adalah solat yang penuh/tamam hanyalah MAKRUH dan bukanlah haram, dan sesiapa yang melakukan solat penuh, bukanlah dia melakukan maksiat (والذي يترجح لي وليس ترجحاً كبيراً هو أن الإِتمام مكروه وليس بحرام، وأن من أتم فإنه لا يكون عاصياً).

Bagi menjawab soalan bubuk, kami berpandukan buku "al-Fiqh al-Manhaji 'ala Mazhab al-Imam al-Syafie - 1, bab Solat Musafir,cetakan Dar al-Qalam, cet ke 4, 2000, karangan Dr Mustafa al-Khin dan lain2".

Quote:
Soalah 1: Jika saya ingin menunaikan solat Zohor dan Asar secara Qasar, di manakah saya perlu melafazkan niatnya ? Maksud saya, apakah wajib bagi saya untuk berniat semasa saya sedang memandu (contoh, semasa melepasi kawasan Nilai atau Seremban) dan bagaimanakah lafaz niat tersebut? Apakah ini boleh dilakukan sebelum masuk waktu?

Jawapan 1 : Niat solat Qasar menurut Mazhab Syafie adalah semasa melakukan Takbiratul Ihram. Tidak perlu memasang niat semasa bermusafir. Solat Qasar tersebut hanya boleh dilakukan apabila seseorang yang bermusafir melintasi sempadan pekannya atau Qaryahnya. Solat Qasar dilakukan pada waktunya.

Quote:
Soalan 2: Semasa berada di Bandar Seri Jempol, dan bersolat Zohor/Asar secara bersendirian, bagaimanakah lafaz niat solat Zohor/Asar (Qasar)?

Jawapan 2 : Seperti Jawapan 1 tadi, niatkan solat Zohor atau Asar 2 rakaat semasa melakukan Takbiratul Ihram sebagaimana yang di kehendaki didalam mazhab Syafie.

Quote:
Soalan 3: Semasa berada di Bandar Seri Jempol, dan bersolat Zohor secara berjemaah, bolehkah saya solat Zohor secara Qasar dan bagaimankah lafaz niatnya? Selepas memberi salam, apakah saya perlu niat utk mengQasarkan solat Asar? Niat nya?

Jawapan 3 : Jika Imam dan Makmum bersolat Qasar, niatlah solat berjemaah 2 rakaat sahaja. Akan tetapi, jika Imam merupakan mereka yang bermukim, iaitu Imam yang bersolat 4 rakaat (penuh), anda perlu bersolat penuh mengikut Imam. Makmum yang Qasar solat, tidak boleh berimamkan Imam yang solat penuh (tamam).

Tidak perlu niat untuk mengqasarkan solat Asar. Apabila masuk waktu Asar, maka solatlah Asar secara Qasar dan berniat semasa Takbiratul Ihram.

Quote:
Soalah 4: Jika saya ingin menunai solat Zohor dan Asar secara Jama' dan Qasar, di manakah saya perlu melafazkan niatnya ? Maksud saya, apakah wajib bagi saya untuk berniat semasa saya sedang memandu (contoh, semasa melepasi kawasan Nilai atau Seremban) dan bagaimanakah lafaz niat tersebut?

Jawapan 4 : Bagi Mazhab Syafie, niat Jamak dilakukan dalam solat pertama, iaitu sebelum selesai solat pertama. Dengan kata lain, sebelum selesai memberi salam Solat pertama (Zohor misalnya), bolehlah berniat untuk menjama'kan Solat kedua. Disukai lagi jika niat itu dilakukan pada Takbiratul Ihram Solat pertama tadi (tapi flexibilitinya sebelum memberi salam solat pertama).

Apabila bangun untuk Solat kedua (Asar misalnya), Niat sahaja Qasar pada Takbiratul Ihram (tidak perlu niat jamak lagi).

Quote:
Soalan 5: Semasa berada di Bandar Seri Jempol, dan bersolat Zohor secara bersendirian, bagaimanakah lafaz niat solat Jama' Takdim?
Selepas memberi salam pada rakaat kedua, apakah saya perlu niat sewaktu takbiratul ihram untuk solat Asar nya?

Jawapan 5 : Tidak perlu melafazkan niat. Memadai berniat semasa Takbiratul Ihram. Contoh praktikalnya ; Berniat solat Zohor secara Qasar (Niat bermaksudnya Azam) dan sebelum memberi salam, Niat jamak akan Solat kedua (eg: Asar). Kemudian, selepas salam solat pertama (Zohor misalnya), bangun untuk melakukan solat kedua (Asar misalnya) dengan niat Qasar.

Quote:
Soalan 6: Semasa berada di Bandar Seri Jempol, dan bersolat Zohor secara berjemaah, bagaimanakah lafaz niatnya? Apakah saya wajib solat Zohor seperti biasa sebagai makmum (4 rakaat) dan kemudian solat Asar secara Qasar secara bersendirian?

Jawapan 6: Benar, Solat Zohor berjamaah 4 rakaat seperti biasa mengikut Imam, kemudian bangun Solat bersendirian Asar secara Qasar.

Quote:
JIKA SAYA BERTOLAK DARIPADA BANGI SEKITAR JAM 3 PETANG UNTUK KE BANDAR SERI JEMPOLSoalan 7: Bolehkah saya solat Zohor berjemaah di Bangi (4 rakaat) dan selepas salam, solat Asar secara Qasar? Lafaz niat nya?

Jawapan 7 : Anda tidak boleh bersolat Qasar di Bangi, kerana syarat Solat Qasar adalah anda hendaklah melepasi sempadan bandar/qaryah anda. Alternatif didalam hal ini :- Solat Zohor berjemaah di Bangi. Dalam perjalanan (setelah keluar dari sempadan Bangi) ke Jempol, apabila masuk waktu Asar, maka bolehlah Solat Asar secara Qasar.

WA.
Sekian, wassalam

11 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Bolehkah perjalanan dari rumah ke tempat kerja yang melebihi 80km setiap hari dilakukan solat jamak dan qasar? Contohnya KL-Seremban-KL. Ada pendapat yg mengatakan hanya boleh jamak sahaja tapi qasar tidak dibenarkan sebab tiada
SAFAR (bawa beg pakaian dan peralatan musafir). Terima kasih. Ruslan

aizuddin said...

Salam Ruslan,

maaf lambat tak perasan ada soalan kat sini.

Kalau ikut fiqh mazhab shafie memang tak boleh qasar. Dalam masalah ni atas kenderaan awam dalam perjalanan selalunya akan terlepas waktu, kita diboleh jamak taqdim atau jamak ta'khir. Mengikut mazhab shafie had perjalanan melebih 85km, jadi anda tidak dikira musafir dan tidak bermukim di tempat kerja.

naIZA said...

Saya seorang student yang belajar di pahang tetapi menetap di kedah...bolehkah saya menjamakkan solat maghrib kepada solat isyak...dan bolehkah saya menjamakkan solat dalam waktu maghrib tetapi saya belum bertolak ke pahang kerana bas saya akan selalunya bertolak pada pukul 8.45 malam

Admin said...

Perjalanan dari Pahang ke Kedah vice versa lebih 95km memang kita layak untuk solat qasar atau jamak.

Dalam perjalanan ke Kedah atau ke Pahang awak layak solat qasar sekiranya bas yang dinaiki berhenti dalam waktu isyak di mana-mana, maksudnya awak boleh pendekkan solat Isyak jadi 2 rakaat bila telah masuk waktu isyak.

Sekiranya perjalanan bas berterusan dan tidak ada peluang untuk berhenti menunaikan solat Isyak bolehlah anda jamak maghrib dan Isyak di rumah sebelum berangkat dalam waktu maghrib. WA.

Mengikut mazhab Syafie apabila sampai ke destinasi awak tidak lagi layak qasar kerana taraf musafir telah lupus. Di Kedah adalah watan asli tempat tinggal tetap dan di Pahang awak dikira pemastautin.

Anonymous said...

OVERSEA STUDENT-Adakah boleh mengqasarkan solat zohor dan asar(jamak qasar) ketika peperiksaan(sbb kesempitan masa)...atau hanya boleh melakukan jamak shj (contoh di sini jamak taqdim)?

Admin said...

Ovresea student sampai 3/4 tahun dah dikira bermukim, status musafirnya dah luput tak boleh qasar kerana qasar khusus untuk musafir.

boleh guna kemudahan jamak

mohdazizee said...

assalamualaikum

menetap di klang, keluar selepas sembahyang subuh. bekerja di sabak bernam (117km sehala)setiap hari. pulang kerja jam 5, sampai rumah dalam pukul 7.30 malam.

boleh ke jamak takdim zuhur asar ditempat kerja dan jamak takhir mahgrib isyak dirumah setiap hari. dan boleh ke qasarkan sembahyang.

Admin said...

w'salam

boleh jamak atau qasar di sabak bernam tempat kerja, atau semasa dalam perjalanan.

sampai rumah di klang dah tak boleh jamak qasar lagi, status musafir sudah gugur dirumah sendiri. WA

Anonymous said...

Assalamualaikum..sy asal selangor tp skrg sedang belajar di sebuah ipta di pahang.setiap kali ingin pulang ke selangor,sy berniat jamak sebelum bertolak.Masalah sekarang,ketika di selangor sy melakukan solat jamak dan qasar,sy hanya diselangor tidak sampai 3 hari.Adakah betul cara sy tu,ataupun salah?jika salah adakah sy perlu ganti semula semua solat jamak & qasar yg sy lakukan 2 selama ini?

Anonymous said...

Anonymous said...
Assalamualaikum,
Bolehkah perjalanan dari rumah ke tempat kerja yang melebihi 80km setiap hari dilakukan solat jamak dan qasar? Contohnya KL-Seremban-KL. Ada pendapat yg mengatakan hanya boleh jamak sahaja tapi qasar tidak dibenarkan sebab tiada
SAFAR (bawa beg pakaian dan peralatan musafir). Terima kasih. Ruslan
May 07, 2009
aizuddin said...
Salam Ruslan,

maaf lambat tak perasan ada soalan kat sini.

Kalau ikut fiqh mazhab shafie memang tak boleh qasar. Dalam masalah ni atas kenderaan awam dalam perjalanan selalunya akan terlepas waktu, kita diboleh jamak taqdim atau jamak ta'khir. Mengikut mazhab shafie had perjalanan melebih 85km, jadi anda tidak dikira musafir dan tidak bermukim di tempat kerja.
June 25, 2009

mohdazizee said...
assalamualaikum

menetap di klang, keluar selepas sembahyang subuh. bekerja di sabak bernam (117km sehala)setiap hari. pulang kerja jam 5, sampai rumah dalam pukul 7.30 malam.

boleh ke jamak takdim zuhur asar ditempat kerja dan jamak takhir mahgrib isyak dirumah setiap hari. dan boleh ke qasarkan sembahyang.
January 18, 2012
Admin said...
w'salam

boleh jamak atau qasar di sabak bernam tempat kerja, atau semasa dalam perjalanan.

sampai rumah di klang dah tak boleh jamak qasar lagi, status musafir sudah gugur dirumah sendiri. WA

Assalamualaikum Admin ..
Diatas ada percanggahan sedikit ...minta diberi penjelasan yang sebaiknya ... terima kasih ..walasam

Unknown said...

Assalamualaikum,
Adakah boleh mengerjakan solat sunnat rawatib bagi solat fardhu yang di jamak? Jika boleh, bagaimana ianya dikerjakan?

Post a Comment