Dec 9, 2008

Jamak Zuhur Dan Asar

1. Bolehkah kita melakukan solat jamak Zhohor & Asar dengan melakukan solat qasar (2 rakaat) pada solat Asar sahaja tapi solat Zhohor 4 rakaat & sebaliknya?
2. Bolehkan kita melakukan solat jamak & qasar mengikut imam yang solat tamam (eg. solat Zhohor 4 rakaat berjemaah dengan imam yang solat tamam bila masuk waktunya dimasjid & kemudian, setelah selesai, kita bangun melakukan solat Asar qasar 2 rakaat sendirian)? Bagaimana pula kalau kita, setelah selesai berjemaah, bangun semula & melakukan solat Asar tanpa qasar?
3. Bolehkah kita melakukan solat Magrib & Isyak jamak takdim & qasar pada waktu Magrib, tapi kita tiba di rumah dalam waktu Isyak (eg. 10-15 minit selepas masuk waktu Isyak)?
JazakAllah...



Jawab:

(Soal-jawab ringkas)

1. Boleh, cuma tidak boleh beranggapan kombinasi itu ada fadhilat/kelebihan tertentu.

2. Kedua-duanya boleh

3. Solat safar secara takdim itu sudah sah kerana memenuhi syarat safar dan jika tiba di rumah dalam waktu Isya', tidak perlu solat Isya' lagi. (JUMHUR-dari kitab Fiqh Islami)

Allahu a'alam

2 comments:

nas said...

Bolehkah kita melakukan solat zohor & asar (secara jamak takdim & qasar) pada zohor, tapi kita tiba di rumah sebelum masuk waktu asar (eg. 30 minit sebelum waktu asar)?
JazakAllah...

Admin said...

salam
bila dah tiba dirumah status musafirnya sudah gugur... kelayakkan untuk jamak sudah habis, jadi kenalah solat penuh macam biasa. WA

Post a Comment